Thursday, 30 August 2012

Muslimah

Assalamualaikum . .
Saya lebih berminat untuk menamakan entri kali ini muslimah dan bukan nya wanita . .
Setiap muslimah adalah dari wanita dan semua wanita bukan lah muslimah . .
Aik !!! Apa pula saya mengarut ni ye ???
Betul cuba renungkan balik ayat saya tadi yang setiap muslimah adalah dari wanita dan semua wanita bukanlah muslimah . .
Ok sekarang cuba bezakan dua gambar yang di bawah ni . .

 wanita 


muslimah 


Yang wanita tu saya hanya menggunakan gambar kartun sahaja kerana saya tak mahu berkongsi gambar wanita yang tak menutup aurat . .
Mana satu anda sekarang ?? Gambar yang di atas ke gambar yang di bawah ??
Jika anda masih dalam golongan mereka yang dari gambar wanita, anda masih berpeluang untuk menjadi seperti muslimah di atas . .
Cantik kan muslimah yang saya kongsikan ??
Untuk menjadi seorang muslimah tak semestinya anda berpurdah atau berniqab . .
Cukup la jika anda dapat menjadi muslimah seperti di bawah ini . .
Di mana tudungnya labuh , pakaiannnya longgar , akhlaknya cantik dan elok budi pekertinya . . ^_^





Amacam cantik kan ??
Alhamdulillah muslimah di ciptakan cantik oleh penciptaNya . . 
SubhanaAllah indahnya ciptaanNya . . Saya sendiri pun terpesona dengan kecantikan muslimah-muslimah di luar sana . .
Tapi awas wahai muslimah . . Simpanlah kecantikanmu hanya untuk si dia yang bakal bergelar suami buatmu . .
Ketahuilah bahawa kecantikanmu bukan untuk di tatapi oleh umum tapi hanya di tatapi oleh suami mu . .
Maka peliharalah kecantikanmu duhai muslimahku . .
Kepada wanita pula , tidakkah anda jeles melihat kecantikan dan keayuaan yang ada pada diri seorang muslimah ??
Tidakkah anda berkeinginan untuk menjadi salah seorang daripada mereka dan menyimpan kecantikanmu hanya untuk suamimu ??
Masih belum terlambat jika anda ingin menjadi muslimah seperti mereka . .
Alhamdulillah muslimah itu seperti seorang bidadari . .
Dirinya mahal tak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit yang berjuta . .
Kerana hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti . .
Muslimah solehah juga bukan untuk di cari-cari atau di puja-puja oleh lelaki kerana dirinya sangat mulia dan bukan untuk dipermainkan . .
Kepada wanita di luar sana , cubalah menjadi muslimah solehah kerana diri anda sebenarnya di lahirkan untuk menjadi muslimah dan bukan nya wanita . .
Kepada muslimah pula peliharalah akhlakmu dan berperangailah seperti pakaianmu juga . .
Janganlah muslimah hanya pada pakaian sahaja . .
Wassalam . .



Aziey Aziz ^_^