Sunday, 2 September 2012

Sahabat baru

Assalamualaikum . .
Alhamdulillah kerana Allah telah menghadiahkan saya seorang sahabat baru yang ada bersama saya saat susah dan senang nya saya . .
Semalam saat diri ini sakit dan tak larat nak bangun mesej dari seorang sahabat tak henti-henti bertanyakan diri ini . .
Risau agaknya . . Ya la mana tak risau duduk dalam rumah sorang-sorang dalam keadaan sakit takut pula terjadi apa-apa nanti kan susah pula . .
Maaf ye sahabat memang diri ini degil sikit . . Bab kata sahabat yang lain "konon-konon kuat" . .
Bukan "konon-konon kuat" cuma tak nak menyusahkan sesiapa . .
Terima kasih kepada sahabat yang memberi ini pada saya . .



Dan juga sudi membawa saya ke klinik tadi . .
Tanpa insan bernama sahabat ini macam mana la saya nak ke klinik agaknya . .
Ya Allah bersyukur sangat kerana menganugerahkan saya sahabat yang baik seperti dia . .
Kepada sahabat . .
Terima kasih kerana ada di sisi saya saat suka dan duka . .
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang di mana apabila saya bersahabat denganmu saya teringat akan Allah . .
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya . .
Terima kasih juga kerana banyak mengajar saya erti persahabatan yang sebenarnya . .
TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT SEBAIK DIA . .


Di sini saya ingin kongsikan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik . . Mana tahu dapat di jadikan panduan dalam memilih sahabat . .
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.




Aziey Aziz ^_^

Sakit



Assalamualaikum . .
Dah lama rasanya tak update blog . .
Bukan tak nak update tapi busy sikit 2,3 hari ni . .
Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak update blog ..
Semalam Allah mengurniakan kesakitan buat diri ini . .
Ada yang tanya kenapa saya selalu tak sihat ??
Sebenarnya saya punya antibodi ni lemah sikit . . Mudah sangat jatuh sakit . . Sikit-sikit sakit ..
Lambat makan sikit dah dapat gastrik perut pun masuk angin . .
Semalam pergi wedding cousin tak sempat nak breakfast tu yang terus sakit tu . .
Tak makan sikit dah sakit . . Salah makan sikit pun sakit juga . .
Manja betul . . Asyik sakit jer . . Menyusahkan orang pun ada juga . .
Time sakit tu terdetik juga asyik sakit je aku ni . . Bila dah sakit tu asyik kena makan ubat jer . . huhu
Terseksanya sakit . . Nak bangun solat pun tak larat . .
Ye la saya pun manusia biasa yang tak lepas dari merungut . .
Dah sakit sikit dah nak merungut . .Yang sakit sepanjang tahun tu tak de pula nak merungut macam saya . .
Ya Allah terasa lemah nya Iman ni . . Baru sikit di uji dengan kesakitan hati mula berkata-kata dan merungut
Erm . .
Alhamdulillah sebanarnya kita haruslah bersyukur dengan ujian kesakitan yang Allah beri pada kita . .
Masa sakit tu juga la mulut tak lekang dari mengingati ALLAH kan . .
Lagipun sakit ni kan penghapus dosa . .
Selalu sakit maknanya dosa pun berkurangan la ye ??
Sakit itu adalah datangnya dari ALLAH . .
Kenapa kita sakit ?? Mestilah ada sebabnya . .
Boleh jadi sebelum ni masa sihat kita lalai sangat dengan perintah ALLAH dan jauh dari DIA . .
Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah mengurniakan saya kesakitan . .
Dah lama Allah memberi nikmat kesihatan tubuh badan . .
Sekali sekala sakit apa salahnya . . Bukan selalu . . ^_^
Kenapa selalu sakit ?? Renungkan ayat di bawah ini . .

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
SubhanaAllah .. Bertapa sayangnya Allah pada kita . . Jadi kalau sakit tu jangan lah nk merungut ye ! 
Doa untuk orang sakit . .

Aziey Aziz ^_^




Thursday, 30 August 2012

Muslimah

Assalamualaikum . .
Saya lebih berminat untuk menamakan entri kali ini muslimah dan bukan nya wanita . .
Setiap muslimah adalah dari wanita dan semua wanita bukan lah muslimah . .
Aik !!! Apa pula saya mengarut ni ye ???
Betul cuba renungkan balik ayat saya tadi yang setiap muslimah adalah dari wanita dan semua wanita bukanlah muslimah . .
Ok sekarang cuba bezakan dua gambar yang di bawah ni . .

 wanita 


muslimah 


Yang wanita tu saya hanya menggunakan gambar kartun sahaja kerana saya tak mahu berkongsi gambar wanita yang tak menutup aurat . .
Mana satu anda sekarang ?? Gambar yang di atas ke gambar yang di bawah ??
Jika anda masih dalam golongan mereka yang dari gambar wanita, anda masih berpeluang untuk menjadi seperti muslimah di atas . .
Cantik kan muslimah yang saya kongsikan ??
Untuk menjadi seorang muslimah tak semestinya anda berpurdah atau berniqab . .
Cukup la jika anda dapat menjadi muslimah seperti di bawah ini . .
Di mana tudungnya labuh , pakaiannnya longgar , akhlaknya cantik dan elok budi pekertinya . . ^_^





Amacam cantik kan ??
Alhamdulillah muslimah di ciptakan cantik oleh penciptaNya . . 
SubhanaAllah indahnya ciptaanNya . . Saya sendiri pun terpesona dengan kecantikan muslimah-muslimah di luar sana . .
Tapi awas wahai muslimah . . Simpanlah kecantikanmu hanya untuk si dia yang bakal bergelar suami buatmu . .
Ketahuilah bahawa kecantikanmu bukan untuk di tatapi oleh umum tapi hanya di tatapi oleh suami mu . .
Maka peliharalah kecantikanmu duhai muslimahku . .
Kepada wanita pula , tidakkah anda jeles melihat kecantikan dan keayuaan yang ada pada diri seorang muslimah ??
Tidakkah anda berkeinginan untuk menjadi salah seorang daripada mereka dan menyimpan kecantikanmu hanya untuk suamimu ??
Masih belum terlambat jika anda ingin menjadi muslimah seperti mereka . .
Alhamdulillah muslimah itu seperti seorang bidadari . .
Dirinya mahal tak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit yang berjuta . .
Kerana hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti . .
Muslimah solehah juga bukan untuk di cari-cari atau di puja-puja oleh lelaki kerana dirinya sangat mulia dan bukan untuk dipermainkan . .
Kepada wanita di luar sana , cubalah menjadi muslimah solehah kerana diri anda sebenarnya di lahirkan untuk menjadi muslimah dan bukan nya wanita . .
Kepada muslimah pula peliharalah akhlakmu dan berperangailah seperti pakaianmu juga . .
Janganlah muslimah hanya pada pakaian sahaja . .
Wassalam . .



Aziey Aziz ^_^

Wednesday, 29 August 2012

Demi cita-cita

Assalamulaikum . .
Tertarik pula nak bercerita tentang cita-cita . .
Saya tahu setiap dari kita mempunyai cita-cita yang perlu kita capai dalam hidup kita . .
Apa guna nya hidup tanpa cita-cita . .
Lahirnya kita ke dunia ini pun kerana dahulunya kita sudah berjanji pada Allah untuk menjadi khalifahNya atas muka bumi ini . . Itulah cita-cita kita yang tak semua sedar yang kita mempunyai cita-cita yang sama . .
Hakikatnya kita berpegang pada cita-cita yang satu . .
Tapi entri kali ni saya ingin menyentuh tentang cita-cita kita di atas dunia . .
Cita-cita kita untuk menjadi apa dan siapa ?
Nak jadi Majistret , Lawyer ?? (Pengaruh ibu mertuaku)
Alhamdulillah baru je dapat call lebih kurang pukul 8 malam tadi dari seorang sahabat yang akan fly ke Rusia demi mengejar cita-cita . .
Saya tahu berat hatinya untuk meninggalkan family di bumi Malaysia tapi apa boleh buat setiap kejayaan memerlukan pengorbanan . .
Pengorbanannya cukup besar bagi saya . . Meninggalkan family pada usia yang sangat muda iaitu pada usia belasan tahun . .
Menimba ilmu di bumi orang rintangannya berbeza berbanding dengan belajar di bumi sendiri .  .
Menimba ilmu selama 6 tahun di bumi asing adalah tempoh yang sangat lama bagi diri saya . .
Jika saya di tempat sahabat belum tentu saya mampu kuat terutama sekali bila terpaksa berjauhan dengan family . .
Terima kasih sahabat kerana tak lupa nak call saya sebelum berangkat ke bumi Rusia . .
InsyaAllah sahabat perjuanganmu akan berakhir dengan sesuatu yang sangat lumayan berbaloi dengan usaha yang kamu lakukan . .Amin
Kepada sahabatku . .
YOU HAVE COME THIS FAR SO DONT GIVE UP !!!
InsyaAllah saya akan mendoakan perjuangan sahabat di sana . .
JANGAN MALAS !!!
Renungkan kata-kata ni . .




Aziey Aziz  ^_^


From twitter to blog

Assalamualaikum . .
Alhamdulillah hati terdetik nak share potongan ayat sahabat-sahabat saya di twitter untuk renungan kita bersama . .
Ni antara potongan-potongan ayat yang sempat saya kongsikan untuk di jadikan panduan untuk kita . .





"Tugas seorang lelaki yang diciptakan ALLAH adalah untuk meletakkan wanita itu ditempat yang paling terpuji serta dekat dihatinya "

"Wanita bukanlah perhiasan mata. Wanita adalah pelengkap di jiwa. Yang perlu kau corak dan bimbing. Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata"

"Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan"

"Rasulullah SAW bersabda : Nikah itu adalah sunnahku, jika kamu mengabaikannya maka kamu bukan dari ummatku (Hadith Riwayat Ibn Maajah)"


"Muslimah. Memandangmu menyejukkan hati. Keayuan. Menundukkan pandangan. Tulus hatinya membuat kami terpaut dengan Cinta Illahi"

"Berhati-hatilah dengan dendam, ditakuti menjerumuskan diri sendiri ke lembah yang lebih hina dari orang yang kita sangkakan hina"

"Sekali kita mendoakan buat orang lain mendahului diri kita, percayalah Malaikat akan mengaminkan doa kita dan akan sampaikan pada ALLAH"

“Banyak manusia yang mati hatinya ketika hidup, tetapi dia hanya sedar atau jaga ketika berada di dalam kubur.” -Ustaz Kazim Elias

"Jadilah seorang yang rendah diri walaupun mempunyai ilmu yang banyak. Amalkan sifat, lagi berisi padi, lagi ia tunduk menyembah bumi

"Q: Kalau lelaki ajak perempuan nikah then perempuan tu setuju? A: Dalam Islam, mereka dah sah bertunang. Tak perlu adat melayu pon dah sah"

"Bergegaslah menuju amal-amal kebaikan, dan bersegeralah kepada ketaatan serta menjauhlah dari amal-amal kejelekan."

"Q: Nak hilangkan blur dan cepat faham bila study? A: Surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al Insyirah dan niatkan, doa pada ALLAH"

"Seorang wanita yang menutup sempurna auratnya seperti mutiara berharga di dalam cengkerangnya."

"Bekerjalah untuk dunia ni sepertimana kita akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhirat sepertimana kita akan mati esok hari."

"Di akhirat nanti, Allah akan menjadikan mereka yang memanjangkan silaturahim dengan wajah yg berseri-seri."

"Wearing the Niqab isn't easy particularly with all the hatred & Niqab ban laws being passed. Niqabis there deserve our utmost respect!"

"Q: Pergi rumah nenek, ada bukan mahram. Stokin kena pakai? A: Nabi suruh labuhkan kain kasi tak nampak, if nampak jugak. Pakailah stokin"


Alhamdulillah ni adalah antara potongan-potongan ayat sahabat-sahabat saya di twitter . .
Boleh la di jadikan panduan sedikit sebanyak . .


Aziey Aziz  ^_^

Tuesday, 28 August 2012

JODOH

Assalamualaikum . .
Rasa gatal pula hari ni sebab tiba-tiba bercakap pasal jodoh . .
Ha ni adalah doa untuk mendapatkan jodoh . . Boleh la amalkan selalu ye . .


Ada yang cakap jodoh ni boleh di usahakan . . Betul ke ?? Kalau tak ada usaha tak jadi jugak kan ??
Bermakna kena usaha la ni kan ?? Jadi nyer jodoh ni berdasarkan apa yang kita usahakan ke ??
Sebenarnya jodoh ni telah di tentukan oleh Allah sejak azali lagi tapi kita boleh berusaha dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat .. 
Setelah berusaha barula tawakkal padaNya untuk menentukan siapa jodoh terbaik buat kita . .
Mungkin pada si dia yang kita suka dan usahakan tu bukan jodoh terbaik untuk kita . . 
Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan . .
Janganlah kecewa dengan segala usaha yang telah kita usahakan kerana mungkin ada hikmahnya dia bukan jodoh kita . .
Sesungguhnya perasaan kecewa itu datang bila kita bergantung harap pada manusia dan bukan pada Allah .
Jika kita sentiasa bergantung harap pada Allah , Allah takkan pernah mengecewakan kita . .
Dalam perjalanan seorang niqabis saya , saya juga ada menyukai seorang hamba Allah ini . .
Apa yang saya lakukan ialah saya berdoa setiap kali habis mengerjakan solat fardhu dan juga melakukan solat sunat . .
Alhamdulillah saya berusaha untuk jodoh saya ?? Adakah anda juga berusaha untuk jodoh anda ??
Jika belum berusaha la untuk mendapatkan jodoh yang baik tapi jangan la berusaha dengan menggunakan taktik yang kotor pula . .
Jangan pula berusaha dengan menggoda si dia yang kita suka tu . .
Menggoda dengan menggunakan kecantikan adalah cara syaitan . . Cara yang betul ialah menyerahkan semuanya pada Allah dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat . .
InsyaAllah jika kita bergantung harap padaNya , Dia akan menolong kita . .
Benar jodoh ni ghaib tapi kita percaya padanya kan ?? 
Jadi untuk mendapatkan benda ghaib ni yang kita takkan tahu macam mane bentuknya maka berdoalah selalu agar di jodohkan dengan dia yang soleh . . 
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" . . Jika ingan kan yang soleh usahlah mencari yang soleh je sebab yang penting ialah kita haruslah menjadi yang solehah dulu barulah Allah menghantar yang soleh pada kita . .
InsyaAllah yang soleh itu bakal imam kita . .
Ayuh kita berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik . . Teruskan usaha anda untuk mendapatkan jodoh yang terbaik . .
Allah memberi setimpal dengan apa yang kita usahakan . .

Hajat hati teringin nak jadi macam pasangan ni . SubhanaAllah ! 




Monday, 27 August 2012

Tunang tapi dah macam suami

Assalamualaikum . .
Entri kali ni nak bercakap tentang pasangan-pasangan zaman sekarang . .
Tergerak hati nak menulis tentang tunang tapi dah macam suami . .
Tadi buka FB ternampak gambar cousin dengan tunangnya . . Agak sedih melihat gambar-gambar mereka yang berpeluk-pelukan tanpa ada ikatan yang sah . .
Yang memalukan lagi siap ada yang komen puji "pasangan yang secocok" . . "sweet" . . Aish =_=''
Hanya mampu beristighfar . . Maksiat berlaku terang-terangan tapi xder yang menegur malah memuji pula . .
Wake up people ! Maksiat berlaku terang-terangan tapi kita support pula bukan nak melarang . .
Bila dah jadi macam ni take note ye ! Kita pun akan dapat sama dosa tu sebab kita dah support mereka buat dosa . .
Kepada pasangan tu pula tolong la jaga etika dalam tempoh pertunangan tu . . Walaupun dah bertunang , tunang kita tu tak halal lagi pun buat kita jadi buat nak peluk-peluk dan pegang sana sini . .
Lagipon kalau masa bertunang tu dah pegang sana sini lepas kahwin nanti hilangla nikmat perkahwinan tu . .
Lepas kahwin kalau nak pegang sana sini pun xde orang nak marah . . Buat apa nak marah siap dapat pahala lagi . .
Kecian nya dekat pasangan yang dah pegang-pegang sebelum kahwin tu sebab tak dapat nak merasai nikmat perkahwinan sepenuhnya . .
Bukan setakat kecian , malah rugi + dapat dosa pula tu . . Allah pon murka dekat pasangan yang dah pegang sana sini sebelum kahwin . .
So kepada sahabat-sahabar di luar sana . Jagalah hubungan anda dengan tunang anda tu . .
Tak payahlah nk pegang sana-sini takut nanti Allah murka putus tunang pula tak pasal-pasal tak jadi kahwin .
Kesimpulannya tunang tu tak halal lagi buat kita . Tunggu bila dah jadi suami baru la pegang-pegang ye ! Nak pegang pun xde orang nak marah . .
Xde maknayer sweet sebelum kahwin . .Dapat dosa lagi la . .
Maaf la kalo entri kali ni buat sapa-sapa terasa . . Saya hanya menulis kenyataan pasangan-pasangan zamn sekarang . . Semoga kita tak tergolong dalam mereka-mereka yang mencemarkan ikatan pertunangan . . Semoga Allah melindungi kita  . .Amin . .

Aziey Aziz ^_^