Alhamdulillah kerana Allah telah menghadiahkan saya seorang sahabat baru yang ada bersama saya saat susah dan senang nya saya . .
Semalam saat diri ini sakit dan tak larat nak bangun mesej dari seorang sahabat tak henti-henti bertanyakan diri ini . .
Risau agaknya . . Ya la mana tak risau duduk dalam rumah sorang-sorang dalam keadaan sakit takut pula terjadi apa-apa nanti kan susah pula . .
Maaf ye sahabat memang diri ini degil sikit . . Bab kata sahabat yang lain "konon-konon kuat" . .
Bukan "konon-konon kuat" cuma tak nak menyusahkan sesiapa . .
Terima kasih kepada sahabat yang memberi ini pada saya . .
Dan juga sudi membawa saya ke klinik tadi . .
Tanpa insan bernama sahabat ini macam mana la saya nak ke klinik agaknya . .
Ya Allah bersyukur sangat kerana menganugerahkan saya sahabat yang baik seperti dia . .
Kepada sahabat . .
Terima kasih kerana ada di sisi saya saat suka dan duka . .
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang di mana apabila saya bersahabat denganmu saya teringat akan Allah . .
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya . .
Terima kasih juga kerana banyak mengajar saya erti persahabatan yang sebenarnya . .
TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT SEBAIK DIA . .
Di sini saya ingin kongsikan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik . . Mana tahu dapat di jadikan panduan dalam memilih sahabat . .
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Aziey Aziz ^_^
No comments:
Post a Comment