Tuesday, 28 August 2012

JODOH

Assalamualaikum . .
Rasa gatal pula hari ni sebab tiba-tiba bercakap pasal jodoh . .
Ha ni adalah doa untuk mendapatkan jodoh . . Boleh la amalkan selalu ye . .


Ada yang cakap jodoh ni boleh di usahakan . . Betul ke ?? Kalau tak ada usaha tak jadi jugak kan ??
Bermakna kena usaha la ni kan ?? Jadi nyer jodoh ni berdasarkan apa yang kita usahakan ke ??
Sebenarnya jodoh ni telah di tentukan oleh Allah sejak azali lagi tapi kita boleh berusaha dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat .. 
Setelah berusaha barula tawakkal padaNya untuk menentukan siapa jodoh terbaik buat kita . .
Mungkin pada si dia yang kita suka dan usahakan tu bukan jodoh terbaik untuk kita . . 
Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan . .
Janganlah kecewa dengan segala usaha yang telah kita usahakan kerana mungkin ada hikmahnya dia bukan jodoh kita . .
Sesungguhnya perasaan kecewa itu datang bila kita bergantung harap pada manusia dan bukan pada Allah .
Jika kita sentiasa bergantung harap pada Allah , Allah takkan pernah mengecewakan kita . .
Dalam perjalanan seorang niqabis saya , saya juga ada menyukai seorang hamba Allah ini . .
Apa yang saya lakukan ialah saya berdoa setiap kali habis mengerjakan solat fardhu dan juga melakukan solat sunat . .
Alhamdulillah saya berusaha untuk jodoh saya ?? Adakah anda juga berusaha untuk jodoh anda ??
Jika belum berusaha la untuk mendapatkan jodoh yang baik tapi jangan la berusaha dengan menggunakan taktik yang kotor pula . .
Jangan pula berusaha dengan menggoda si dia yang kita suka tu . .
Menggoda dengan menggunakan kecantikan adalah cara syaitan . . Cara yang betul ialah menyerahkan semuanya pada Allah dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat . .
InsyaAllah jika kita bergantung harap padaNya , Dia akan menolong kita . .
Benar jodoh ni ghaib tapi kita percaya padanya kan ?? 
Jadi untuk mendapatkan benda ghaib ni yang kita takkan tahu macam mane bentuknya maka berdoalah selalu agar di jodohkan dengan dia yang soleh . . 
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" . . Jika ingan kan yang soleh usahlah mencari yang soleh je sebab yang penting ialah kita haruslah menjadi yang solehah dulu barulah Allah menghantar yang soleh pada kita . .
InsyaAllah yang soleh itu bakal imam kita . .
Ayuh kita berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik . . Teruskan usaha anda untuk mendapatkan jodoh yang terbaik . .
Allah memberi setimpal dengan apa yang kita usahakan . .

Hajat hati teringin nak jadi macam pasangan ni . SubhanaAllah ! 




Monday, 27 August 2012

Tunang tapi dah macam suami

Assalamualaikum . .
Entri kali ni nak bercakap tentang pasangan-pasangan zaman sekarang . .
Tergerak hati nak menulis tentang tunang tapi dah macam suami . .
Tadi buka FB ternampak gambar cousin dengan tunangnya . . Agak sedih melihat gambar-gambar mereka yang berpeluk-pelukan tanpa ada ikatan yang sah . .
Yang memalukan lagi siap ada yang komen puji "pasangan yang secocok" . . "sweet" . . Aish =_=''
Hanya mampu beristighfar . . Maksiat berlaku terang-terangan tapi xder yang menegur malah memuji pula . .
Wake up people ! Maksiat berlaku terang-terangan tapi kita support pula bukan nak melarang . .
Bila dah jadi macam ni take note ye ! Kita pun akan dapat sama dosa tu sebab kita dah support mereka buat dosa . .
Kepada pasangan tu pula tolong la jaga etika dalam tempoh pertunangan tu . . Walaupun dah bertunang , tunang kita tu tak halal lagi pun buat kita jadi buat nak peluk-peluk dan pegang sana sini . .
Lagipon kalau masa bertunang tu dah pegang sana sini lepas kahwin nanti hilangla nikmat perkahwinan tu . .
Lepas kahwin kalau nak pegang sana sini pun xde orang nak marah . . Buat apa nak marah siap dapat pahala lagi . .
Kecian nya dekat pasangan yang dah pegang-pegang sebelum kahwin tu sebab tak dapat nak merasai nikmat perkahwinan sepenuhnya . .
Bukan setakat kecian , malah rugi + dapat dosa pula tu . . Allah pon murka dekat pasangan yang dah pegang sana sini sebelum kahwin . .
So kepada sahabat-sahabar di luar sana . Jagalah hubungan anda dengan tunang anda tu . .
Tak payahlah nk pegang sana-sini takut nanti Allah murka putus tunang pula tak pasal-pasal tak jadi kahwin .
Kesimpulannya tunang tu tak halal lagi buat kita . Tunggu bila dah jadi suami baru la pegang-pegang ye ! Nak pegang pun xde orang nak marah . .
Xde maknayer sweet sebelum kahwin . .Dapat dosa lagi la . .
Maaf la kalo entri kali ni buat sapa-sapa terasa . . Saya hanya menulis kenyataan pasangan-pasangan zamn sekarang . . Semoga kita tak tergolong dalam mereka-mereka yang mencemarkan ikatan pertunangan . . Semoga Allah melindungi kita  . .Amin . .

Aziey Aziz ^_^


Bermula dari soalan "apa itu ikhlas" ???

Someone taught me about IKHLAS . . What is IKHLAS ??
My answer : "Ikhlas tu benda yang orang lain tak nampak sebab kita je yang rasa . . Ikhlas ni antara kita dengan ALLAH je dan tak menunujuk-nunjuk" . .
That was my opinion about IKHLAS . . My friend didn't say right or wrong . .
Then he taught me about IKHLAS to me and also to my sister and friend . .
Of course I got something and same goes to my sister . .
Today I can see my little sister teach about IKHLAS to her friends . .
AWESOME !!!

P/s : Alhamdulillah jika kita menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain InsyaAllah apa yang kita ajar tu takkan berhenti di situ . Ilmu dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain dapat di kongsi dan kita juga dapat ganjaran pahala daripada ilmu yang kita share . .
Terima kasih kepada sahabat yang sudi ajar pasal IKHLAS . .
Sesungguhnya nak mencapai tahap IKHLAS ni sangat susah . . Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha ALLAH "
Pernahkah kita merasa ikhlas dalam melakukan ibadat kepada ALLAH ??? Ikhlas ini apabila orang memuji tentang ibadat yang kita lakukan kita akan merasa sama sahaja . Langsung tak membangga diri , riak , ujub dan takbur . .Jika kita pernah merasa sebegitu Alhamdulillah kita berjaya mencapai tahap IKHLAS .
SubhanaAllah . .
InsyaAllah sama-sama lah kita menjadi muslimin -muslimat yang mempraktikkan IKHLAS dalam hati dalam melakukan sesuatu perkara . . Jom jadi hamba ALLAH yang IKHLAS . . 


Aziey Aziz ^_^

Ninja ?????


People call you ninja ??? So what !!!!!
Dah macam orang Arab dah dia tu . Tutup sana sini yang nampak mata je dua biji . .
Ni Malaysia la bukan negara Arab . Nak pakai sangat pergi la negara Arab . .
Perasan betul minah ni . Nak jadi Arab celup la tu . Melayu tak sedar diri . .
Kenapa dia pakai kain macam ninja ???
Kenapa dia tutup muka dia ???
Muka dia tak cantik ke sampai kena tutup ???
Takut la tengok orang yang tutup muka ni . .
Ala pakai macam ninja tu sebab nak tunjuk alim je tu . .
Ingat perempuan berniqab ni baik sangat ker ?
Ya Allah . . Macam-macam pandangan masyarakat terhadap wanita berniqab ni . . Wanita berniqab ni seolah-olah tak mendapat tempat dalam masyarakat sedangkan mereka juga hamba Allah same seperti hamba-hamba Allah yang lain . .
Sedih rasanya hati melihat pendangan kebudak-budakan masyarakat Malaysia terhadap mereka yang berniqab  . .
Kenapa mesti nak keji mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah . .???
Kepada sahabat-sahabat niqabis saya . .
Kuatkan semangat untuk terus berniqab hanya kerana Allah . . Jangan pernah berputus asa untuk istiqamah dalam mendekatkan diri pada Allah . .
Anggaplah cacian itu sebagai satu motivasi untuk terus berjuang menjadi muslimah berniqab yang terbaik . .
InsyaAllah . . Kekuatan harus di cari bukan untuk di tunggu . .
Wallahualam . .

Aziey Aziz ^_^


Bermulanya sebuah perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim . .
Perjalanan saya sebagai seorang niqabis tidaklah sehebat niqabis-niqabis lain . .
Bagaimana alkisah nya perjalan saya sebelum saya berniqab akan saya kongsikan bersama . .InsyaAllah
Alhamdulillah segalanya bermula dengan hadiah dari seorang sahabat yang sudi menghadiahkan saya purdah dan juga jilbab . Terima kasih kepada sahabat yang memberi .
Dulu jiwa agak keras sehinggakan menolak mati-matian untuk berpurdah tapi menyimpan pemberian sahabat dengan sabaiknya . Maaf kepada sahabat yang sudi memberi hadiah kerana purdah tu langsung tak di usik lebih kurang sebulan .
Selepas mendapat hadiah yang sangat bernilai dari seorang sahabat , kehidupan mula berubah . Saya tak dapat menjadi diri saya yang dulu kerana merasakan tiada ketenangan dalam hidup .
Selama dua minggu , saya bergelut dengan perasaan sendiri dan merasakan kehilangan sesuatu dalam hidup .
Alhamdulillah buat pertama kalinya mendapat pensyarah (miss farah)yang juga berniqab sangat menyentap jiwa yang sudah terlalu kering dan kosong .
Lalu mengambil keputusan untuk berkongsi cerita dengan miss farah tentang perasaan dan jiwa saya yang kering dengan Islam . .
Air mata tak dapat di bendung saat berkongsi cerita dengan misss farah . Hati terasa sangat sayu dan sedih yang tak dapat nak saya gambarkan hanya dengan kata-kata .
Masih teringat kata-kata miss farah  "Pemberian hadiah dari sahabat awak mungkin adalah satu petunjuk dari Allah untuk awak . Buatlah istikharah dan cuba untuk pakai "
Saat itu saya tak mampu nak berkata apa-apa kerana hanya mampu menangis . . Pencarian saya untuk mendapatkan balik sesuatu yang telah hilang dalam hidup saya tak berhenti di situ .
Bertanya pula pada seorang sahabat yang lebih layak dalam soal ini . .
Berkata seorang sahabat "Cepat-cepatla grab bila Allah dah buka hati kita , takut nanti kita akan jadi orang yang paling rugi sebab Allah tarik balik perasaan untuk berubah " .
Terima kasih juga kepada sahabat yang memberi kata-kata hikmah yang menjadi pegangan saya sampai sekarang . .
Selama berminggu-minggu juga mata basah dengan air jernih yang tak henti-henti mengalir siang dan malam ..
Pada suatu malam , saya cuba untuk mengagahkn diri untuk melakukan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk dari yang lebih layak antara yang paling layak iaitu Allah s.w.t . .
Alhamdulillah akhirnya decision is taken tapi perjalanan saya tak berhenti di sini apabila parents masih tak mengetahui niat saya untuk berubah .
Tentangan dari parents menyebabkan saya kehabisan air mata untuk menangis lagi . Saya akui diri sangat tidak kuat jika berhadapan dengan mak ayah . Ayah sangat tak setuju dengan keputusan saya untuk berubah terutama sekali ingin berpurdah . Tapi tentangan dari ayah tak melunturkan semangat saya untuk berpurdah .
Tapi mentaati ibu bapa itu wajib lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan berbincang dengan parents tentang masalah ni .
Ayah meletakkan syarat yang saya hanya boleh berpurdah bila di kolej sahaja dan tak perlulah nak berpurdah bila dekat kampung . Hati sedih dan berat untuk menerima syarat ayah tapi terpaksa terima . Akhirnya kini aku berniqab tapi sedih kerana tak dapat nak istiqamah terutama sekali bila dekat kampung . Syarat ayah saya patuh hingga kini . Hanya mampu berdoa supaya Allah bukakan pintu hati ayah untuk menerima perubahanku 100% . Amin InsyaAllah


Aziey Aziz ^_^


Sunday, 26 August 2012

Kenapa tajuk blog ni mesti "Perjalanan seorang niqabis" ????

Assalamualaikum . .
Salam perkenalan . . :)
Alhamdulillah ni adalah second blog . Blog yang first tu tak istiqamah langsung nak update . InsyaAllah blog ni saya akan cuba untuk update selalu .
Sebelum jari mula berkata-kata , bersyukur pada Allah kerana telah meminjamkn idea untuk terus menulis . Teringat pula dengan kata-kata ni "walaupun seorang penulis meninggalkan dunia tapi karya penulisannya akan terus hidup di dunia " . SubhanaAllah . Ayat ni menggerakkan hati saya untuk kembali menulis . Mungkin penulisan saya ini tak semenarik penulis-penulis entri blog lain tapi saya akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman atau knowledge yang saya ada . .
Tajuk blog kali ni kenapa mesti "Perjalanan seorang niqabis" ????
Apa yang hebat sangat seorang niqabis ni ????
Niqabis tu bukan ke muslimah-musimah yang tutup muka tu ke yang nampak mata je ????
Siapa niqabis ni ????
Mesti ke tutup sampai macam tu sekali ???? Pelik jer niqabis ni . . Aish =_="
Wah . .wah . . wah . . Banyaknya soalan macam mana saya nak jawab ni ????
Once again "Perjalanan seorang niqabis" ????
Alhamdulillah I'm one of them . Since when ???
Thanks to dear Allah sebab sudi pilih hambaMu ini untuk jadi salah seorang daripada mereka . .
Sebenarnya perjalanan sebagai seorang niqabis saya sangat baru . Nak cakap setahun jagung pun tak layak sebab terlalu baru . . ^_^
InsyaAllah banyak yang ingin saya kongsikan tentang perjalanan seorang niqabis ni . .
Kepada saudara-saudara Islamku jika tiba-tiba terbuka blog saya lpas tu terbaca pula entri kali ni lepas tu terfollow pula syukran ye !



 Aziey Aziz  ^_^