Sunday 2 September 2012

Sahabat baru

Assalamualaikum . .
Alhamdulillah kerana Allah telah menghadiahkan saya seorang sahabat baru yang ada bersama saya saat susah dan senang nya saya . .
Semalam saat diri ini sakit dan tak larat nak bangun mesej dari seorang sahabat tak henti-henti bertanyakan diri ini . .
Risau agaknya . . Ya la mana tak risau duduk dalam rumah sorang-sorang dalam keadaan sakit takut pula terjadi apa-apa nanti kan susah pula . .
Maaf ye sahabat memang diri ini degil sikit . . Bab kata sahabat yang lain "konon-konon kuat" . .
Bukan "konon-konon kuat" cuma tak nak menyusahkan sesiapa . .
Terima kasih kepada sahabat yang memberi ini pada saya . .



Dan juga sudi membawa saya ke klinik tadi . .
Tanpa insan bernama sahabat ini macam mana la saya nak ke klinik agaknya . .
Ya Allah bersyukur sangat kerana menganugerahkan saya sahabat yang baik seperti dia . .
Kepada sahabat . .
Terima kasih kerana ada di sisi saya saat suka dan duka . .
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang di mana apabila saya bersahabat denganmu saya teringat akan Allah . .
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya . .
Terima kasih juga kerana banyak mengajar saya erti persahabatan yang sebenarnya . .
TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT SEBAIK DIA . .


Di sini saya ingin kongsikan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik . . Mana tahu dapat di jadikan panduan dalam memilih sahabat . .
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.




Aziey Aziz ^_^

Sakit



Assalamualaikum . .
Dah lama rasanya tak update blog . .
Bukan tak nak update tapi busy sikit 2,3 hari ni . .
Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak update blog ..
Semalam Allah mengurniakan kesakitan buat diri ini . .
Ada yang tanya kenapa saya selalu tak sihat ??
Sebenarnya saya punya antibodi ni lemah sikit . . Mudah sangat jatuh sakit . . Sikit-sikit sakit ..
Lambat makan sikit dah dapat gastrik perut pun masuk angin . .
Semalam pergi wedding cousin tak sempat nak breakfast tu yang terus sakit tu . .
Tak makan sikit dah sakit . . Salah makan sikit pun sakit juga . .
Manja betul . . Asyik sakit jer . . Menyusahkan orang pun ada juga . .
Time sakit tu terdetik juga asyik sakit je aku ni . . Bila dah sakit tu asyik kena makan ubat jer . . huhu
Terseksanya sakit . . Nak bangun solat pun tak larat . .
Ye la saya pun manusia biasa yang tak lepas dari merungut . .
Dah sakit sikit dah nak merungut . .Yang sakit sepanjang tahun tu tak de pula nak merungut macam saya . .
Ya Allah terasa lemah nya Iman ni . . Baru sikit di uji dengan kesakitan hati mula berkata-kata dan merungut
Erm . .
Alhamdulillah sebanarnya kita haruslah bersyukur dengan ujian kesakitan yang Allah beri pada kita . .
Masa sakit tu juga la mulut tak lekang dari mengingati ALLAH kan . .
Lagipun sakit ni kan penghapus dosa . .
Selalu sakit maknanya dosa pun berkurangan la ye ??
Sakit itu adalah datangnya dari ALLAH . .
Kenapa kita sakit ?? Mestilah ada sebabnya . .
Boleh jadi sebelum ni masa sihat kita lalai sangat dengan perintah ALLAH dan jauh dari DIA . .
Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah mengurniakan saya kesakitan . .
Dah lama Allah memberi nikmat kesihatan tubuh badan . .
Sekali sekala sakit apa salahnya . . Bukan selalu . . ^_^
Kenapa selalu sakit ?? Renungkan ayat di bawah ini . .

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
SubhanaAllah .. Bertapa sayangnya Allah pada kita . . Jadi kalau sakit tu jangan lah nk merungut ye ! 
Doa untuk orang sakit . .

Aziey Aziz ^_^