Monday 27 August 2012

Tunang tapi dah macam suami

Assalamualaikum . .
Entri kali ni nak bercakap tentang pasangan-pasangan zaman sekarang . .
Tergerak hati nak menulis tentang tunang tapi dah macam suami . .
Tadi buka FB ternampak gambar cousin dengan tunangnya . . Agak sedih melihat gambar-gambar mereka yang berpeluk-pelukan tanpa ada ikatan yang sah . .
Yang memalukan lagi siap ada yang komen puji "pasangan yang secocok" . . "sweet" . . Aish =_=''
Hanya mampu beristighfar . . Maksiat berlaku terang-terangan tapi xder yang menegur malah memuji pula . .
Wake up people ! Maksiat berlaku terang-terangan tapi kita support pula bukan nak melarang . .
Bila dah jadi macam ni take note ye ! Kita pun akan dapat sama dosa tu sebab kita dah support mereka buat dosa . .
Kepada pasangan tu pula tolong la jaga etika dalam tempoh pertunangan tu . . Walaupun dah bertunang , tunang kita tu tak halal lagi pun buat kita jadi buat nak peluk-peluk dan pegang sana sini . .
Lagipon kalau masa bertunang tu dah pegang sana sini lepas kahwin nanti hilangla nikmat perkahwinan tu . .
Lepas kahwin kalau nak pegang sana sini pun xde orang nak marah . . Buat apa nak marah siap dapat pahala lagi . .
Kecian nya dekat pasangan yang dah pegang-pegang sebelum kahwin tu sebab tak dapat nak merasai nikmat perkahwinan sepenuhnya . .
Bukan setakat kecian , malah rugi + dapat dosa pula tu . . Allah pon murka dekat pasangan yang dah pegang sana sini sebelum kahwin . .
So kepada sahabat-sahabar di luar sana . Jagalah hubungan anda dengan tunang anda tu . .
Tak payahlah nk pegang sana-sini takut nanti Allah murka putus tunang pula tak pasal-pasal tak jadi kahwin .
Kesimpulannya tunang tu tak halal lagi buat kita . Tunggu bila dah jadi suami baru la pegang-pegang ye ! Nak pegang pun xde orang nak marah . .
Xde maknayer sweet sebelum kahwin . .Dapat dosa lagi la . .
Maaf la kalo entri kali ni buat sapa-sapa terasa . . Saya hanya menulis kenyataan pasangan-pasangan zamn sekarang . . Semoga kita tak tergolong dalam mereka-mereka yang mencemarkan ikatan pertunangan . . Semoga Allah melindungi kita  . .Amin . .

Aziey Aziz ^_^


Bermula dari soalan "apa itu ikhlas" ???

Someone taught me about IKHLAS . . What is IKHLAS ??
My answer : "Ikhlas tu benda yang orang lain tak nampak sebab kita je yang rasa . . Ikhlas ni antara kita dengan ALLAH je dan tak menunujuk-nunjuk" . .
That was my opinion about IKHLAS . . My friend didn't say right or wrong . .
Then he taught me about IKHLAS to me and also to my sister and friend . .
Of course I got something and same goes to my sister . .
Today I can see my little sister teach about IKHLAS to her friends . .
AWESOME !!!

P/s : Alhamdulillah jika kita menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain InsyaAllah apa yang kita ajar tu takkan berhenti di situ . Ilmu dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain dapat di kongsi dan kita juga dapat ganjaran pahala daripada ilmu yang kita share . .
Terima kasih kepada sahabat yang sudi ajar pasal IKHLAS . .
Sesungguhnya nak mencapai tahap IKHLAS ni sangat susah . . Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha ALLAH "
Pernahkah kita merasa ikhlas dalam melakukan ibadat kepada ALLAH ??? Ikhlas ini apabila orang memuji tentang ibadat yang kita lakukan kita akan merasa sama sahaja . Langsung tak membangga diri , riak , ujub dan takbur . .Jika kita pernah merasa sebegitu Alhamdulillah kita berjaya mencapai tahap IKHLAS .
SubhanaAllah . .
InsyaAllah sama-sama lah kita menjadi muslimin -muslimat yang mempraktikkan IKHLAS dalam hati dalam melakukan sesuatu perkara . . Jom jadi hamba ALLAH yang IKHLAS . . 


Aziey Aziz ^_^

Ninja ?????


People call you ninja ??? So what !!!!!
Dah macam orang Arab dah dia tu . Tutup sana sini yang nampak mata je dua biji . .
Ni Malaysia la bukan negara Arab . Nak pakai sangat pergi la negara Arab . .
Perasan betul minah ni . Nak jadi Arab celup la tu . Melayu tak sedar diri . .
Kenapa dia pakai kain macam ninja ???
Kenapa dia tutup muka dia ???
Muka dia tak cantik ke sampai kena tutup ???
Takut la tengok orang yang tutup muka ni . .
Ala pakai macam ninja tu sebab nak tunjuk alim je tu . .
Ingat perempuan berniqab ni baik sangat ker ?
Ya Allah . . Macam-macam pandangan masyarakat terhadap wanita berniqab ni . . Wanita berniqab ni seolah-olah tak mendapat tempat dalam masyarakat sedangkan mereka juga hamba Allah same seperti hamba-hamba Allah yang lain . .
Sedih rasanya hati melihat pendangan kebudak-budakan masyarakat Malaysia terhadap mereka yang berniqab  . .
Kenapa mesti nak keji mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah . .???
Kepada sahabat-sahabat niqabis saya . .
Kuatkan semangat untuk terus berniqab hanya kerana Allah . . Jangan pernah berputus asa untuk istiqamah dalam mendekatkan diri pada Allah . .
Anggaplah cacian itu sebagai satu motivasi untuk terus berjuang menjadi muslimah berniqab yang terbaik . .
InsyaAllah . . Kekuatan harus di cari bukan untuk di tunggu . .
Wallahualam . .

Aziey Aziz ^_^


Bermulanya sebuah perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim . .
Perjalanan saya sebagai seorang niqabis tidaklah sehebat niqabis-niqabis lain . .
Bagaimana alkisah nya perjalan saya sebelum saya berniqab akan saya kongsikan bersama . .InsyaAllah
Alhamdulillah segalanya bermula dengan hadiah dari seorang sahabat yang sudi menghadiahkan saya purdah dan juga jilbab . Terima kasih kepada sahabat yang memberi .
Dulu jiwa agak keras sehinggakan menolak mati-matian untuk berpurdah tapi menyimpan pemberian sahabat dengan sabaiknya . Maaf kepada sahabat yang sudi memberi hadiah kerana purdah tu langsung tak di usik lebih kurang sebulan .
Selepas mendapat hadiah yang sangat bernilai dari seorang sahabat , kehidupan mula berubah . Saya tak dapat menjadi diri saya yang dulu kerana merasakan tiada ketenangan dalam hidup .
Selama dua minggu , saya bergelut dengan perasaan sendiri dan merasakan kehilangan sesuatu dalam hidup .
Alhamdulillah buat pertama kalinya mendapat pensyarah (miss farah)yang juga berniqab sangat menyentap jiwa yang sudah terlalu kering dan kosong .
Lalu mengambil keputusan untuk berkongsi cerita dengan miss farah tentang perasaan dan jiwa saya yang kering dengan Islam . .
Air mata tak dapat di bendung saat berkongsi cerita dengan misss farah . Hati terasa sangat sayu dan sedih yang tak dapat nak saya gambarkan hanya dengan kata-kata .
Masih teringat kata-kata miss farah  "Pemberian hadiah dari sahabat awak mungkin adalah satu petunjuk dari Allah untuk awak . Buatlah istikharah dan cuba untuk pakai "
Saat itu saya tak mampu nak berkata apa-apa kerana hanya mampu menangis . . Pencarian saya untuk mendapatkan balik sesuatu yang telah hilang dalam hidup saya tak berhenti di situ .
Bertanya pula pada seorang sahabat yang lebih layak dalam soal ini . .
Berkata seorang sahabat "Cepat-cepatla grab bila Allah dah buka hati kita , takut nanti kita akan jadi orang yang paling rugi sebab Allah tarik balik perasaan untuk berubah " .
Terima kasih juga kepada sahabat yang memberi kata-kata hikmah yang menjadi pegangan saya sampai sekarang . .
Selama berminggu-minggu juga mata basah dengan air jernih yang tak henti-henti mengalir siang dan malam ..
Pada suatu malam , saya cuba untuk mengagahkn diri untuk melakukan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk dari yang lebih layak antara yang paling layak iaitu Allah s.w.t . .
Alhamdulillah akhirnya decision is taken tapi perjalanan saya tak berhenti di sini apabila parents masih tak mengetahui niat saya untuk berubah .
Tentangan dari parents menyebabkan saya kehabisan air mata untuk menangis lagi . Saya akui diri sangat tidak kuat jika berhadapan dengan mak ayah . Ayah sangat tak setuju dengan keputusan saya untuk berubah terutama sekali ingin berpurdah . Tapi tentangan dari ayah tak melunturkan semangat saya untuk berpurdah .
Tapi mentaati ibu bapa itu wajib lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan berbincang dengan parents tentang masalah ni .
Ayah meletakkan syarat yang saya hanya boleh berpurdah bila di kolej sahaja dan tak perlulah nak berpurdah bila dekat kampung . Hati sedih dan berat untuk menerima syarat ayah tapi terpaksa terima . Akhirnya kini aku berniqab tapi sedih kerana tak dapat nak istiqamah terutama sekali bila dekat kampung . Syarat ayah saya patuh hingga kini . Hanya mampu berdoa supaya Allah bukakan pintu hati ayah untuk menerima perubahanku 100% . Amin InsyaAllah


Aziey Aziz ^_^