Monday 27 August 2012

Tunang tapi dah macam suami

Assalamualaikum . .
Entri kali ni nak bercakap tentang pasangan-pasangan zaman sekarang . .
Tergerak hati nak menulis tentang tunang tapi dah macam suami . .
Tadi buka FB ternampak gambar cousin dengan tunangnya . . Agak sedih melihat gambar-gambar mereka yang berpeluk-pelukan tanpa ada ikatan yang sah . .
Yang memalukan lagi siap ada yang komen puji "pasangan yang secocok" . . "sweet" . . Aish =_=''
Hanya mampu beristighfar . . Maksiat berlaku terang-terangan tapi xder yang menegur malah memuji pula . .
Wake up people ! Maksiat berlaku terang-terangan tapi kita support pula bukan nak melarang . .
Bila dah jadi macam ni take note ye ! Kita pun akan dapat sama dosa tu sebab kita dah support mereka buat dosa . .
Kepada pasangan tu pula tolong la jaga etika dalam tempoh pertunangan tu . . Walaupun dah bertunang , tunang kita tu tak halal lagi pun buat kita jadi buat nak peluk-peluk dan pegang sana sini . .
Lagipon kalau masa bertunang tu dah pegang sana sini lepas kahwin nanti hilangla nikmat perkahwinan tu . .
Lepas kahwin kalau nak pegang sana sini pun xde orang nak marah . . Buat apa nak marah siap dapat pahala lagi . .
Kecian nya dekat pasangan yang dah pegang-pegang sebelum kahwin tu sebab tak dapat nak merasai nikmat perkahwinan sepenuhnya . .
Bukan setakat kecian , malah rugi + dapat dosa pula tu . . Allah pon murka dekat pasangan yang dah pegang sana sini sebelum kahwin . .
So kepada sahabat-sahabar di luar sana . Jagalah hubungan anda dengan tunang anda tu . .
Tak payahlah nk pegang sana-sini takut nanti Allah murka putus tunang pula tak pasal-pasal tak jadi kahwin .
Kesimpulannya tunang tu tak halal lagi buat kita . Tunggu bila dah jadi suami baru la pegang-pegang ye ! Nak pegang pun xde orang nak marah . .
Xde maknayer sweet sebelum kahwin . .Dapat dosa lagi la . .
Maaf la kalo entri kali ni buat sapa-sapa terasa . . Saya hanya menulis kenyataan pasangan-pasangan zamn sekarang . . Semoga kita tak tergolong dalam mereka-mereka yang mencemarkan ikatan pertunangan . . Semoga Allah melindungi kita  . .Amin . .

Aziey Aziz ^_^


No comments:

Post a Comment